Breaking

Friday, April 8, 2011

Wow | Usop wilcha hangat di Hot FM

Sungguh tidak asing lagi, gelaran Usop Wilcha dikenali ramai melalui Filem Zombie kampung pisang dan juga Filem Hantu Kak Limah.

Haha..tu gaya tangan dye..memang Faymes

Pagi ni siaran pagi radio Hot FM kecoh dengan kehadiran Usop Wilcha. Memang lawak lah Usop Wilcha ni. Ingatkan dalam filem Hantu Kak Limah jer lawok, di luar pun lawok juga. Tadi masa dengar kat Hot Fm memang kelakar, siap ade guna ayat-ayat macam dalam filem jugak...kah kah kah.
Makin bertambah popular lah Usop Wilcha ni sejak jadi penyampai pemenang ABPBH 2010.


Hari sebelum tu Faizal pernah buat pangilan hangit kat Usop Wilcha tapi sebaliknya kami rasa Faizal yang kena hangit. haha..


Kalau korang nak tau usop nie dulu adalah seorang penyanyi dimana , Usop wilcha bukan saja boleh menyanyi, dia jugak ada bakat menulis dan mencipta lagu.Berbakat jugak Usop wilcha ni. Mesti ramai yang tak tau, Usop Wilcha yang lemah longlai ni punya suara yg macho gilerrr!!..hehehe.setakat yang aku tahu dia nyanyi lagu terasing di bumi sendiri...pepe korang layan video klip kat bawah ni...terasing di bumi sendiri nyanyian Usop Wilcha.



Sewaktu dalam Hot Fm beliau ade berkata dimana akaun Twitter yang korang ade add bawah nama usop itu semua adalah palsu, bukan usop yang punya, kerana dia menyatakan dia tidak mempunyai sebarang akaun Twitter. Selain itu juga dia ada berkata dalam banyak-banyak fan page bukan la dia yang punya kecuali Facebook Fan Page Shy8 korang boleh like yer..


Ini lah dye tuah ayam nampak di kaki tuah orang nampak dimana??


Photobucket
Adbox