Breaking

Wednesday, April 20, 2011

Wow | Jepun guna robot baiki Reaktor Nuklear

TOKYO - Dua robot dihantar ke dalam reaktor di loji nuklear Fukushima Daiichi, semalam, dalam usaha untuk memperbaiki bangunan yang mengalami kebocoran radiasi akibat gempa bumi kuat pada bulan lalu.

Pegawai agensi keselamatan loji nuklear Jepun, Hidehiko Nishiyama berkata, kaedah itu terpaksa digunakan kerana tahap radiasi terlalu tinggi dikesan di sekitar reaktor itu, menyebabkan pengendali sukar melakukan kerja-kerja pembaikan.

"Kerja-kerja pembaikan loji tidak boleh ditangguhkan bagi mencapai sasaran penyejukkan reaktor nuklear dalam tempoh sembilan bulan," katanya.

Bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun membabitkan kerugian AS$300 bilion (RM900 bilion), menjadikannya ia bencana alam paling mahal di dunia.

Sementara itu, pelbagai kritikan dilemparkan terhadap Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan selepas didakwa gagal menangani krisis nuklear negara itu.

Tinjauan mendapati, hampir 70 peratus rakyat mahu Kan digantikan dan menegaskan respons kerajaan terhadap krisis nuklear itu tidak boleh diterima.

Lebih 13,000 orang disahkan terkorban dan puluhan ribu lagi kehilangan tempat tinggal akibat gempa bumi sekuat 9.0 pada skala Ritcher yang melanda timur laut Jepun, 11 Mac lalu.-SH

Jepun- terkenal dengan hasil ciptaan robot-robotnya, nampaknya mereka menggunakan aplikasi robot tersebut.

Photobucket
Adbox