Breaking

Friday, April 22, 2011

Hot | ( Gambar dan Video ) Justin Beiber WORLD TOUR CONCERT LIVE IN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Penyanyi remaja sensasi, Justin Bieber, membuktikan artis antarabangsa paling popular di negara ini, apabila konsert sulungnya, My World Tour, yang berlangsung di Stadium Merdeka, di sini malam tadi berjaya menarik kehadiran 17,000 penonton.

AKSI Bieber ketika membuat persembahan di hadapan kira-kira 17,000 peminatnya di Stadium Merdeka, malam tadi.


Malam tadi, Bieber, 17, menghiburkan peminat dengan rangkaian lagu daripada album pertama dan keduanya termasuk One Time, Somebody to Love, That Should Be Me, One Less Lonely Girl, Love Me, Pray, Bigger, Never Say Never serta Baby.

Saksikan Video Justin Beiber di kuala lumpur, rakaman konsert malam tadi..

Joel Madden dari Good Charlotte. Dia menyanyikan Dance Floor Anthem. Ini video. Check it out.





Dan terakhir sekali, BABY BABY BABY OHHHHHH !



Pada persembahan selama satu jam setengah itu, Bieber bukan saja berjaya memukau penonton dengan nyanyiannya, malah mempesonakan mereka dengan aksi tariannya yang bertenaga.

Mengenakan pakaian sukan dan bertopi, persembahan Bieber diiringi lima pemuzik, lima penyanyi latar serta empat penari.

Konsert yang dibawakan khas oleh Tune Talk dan Fat Boys ini turut menampilkan Mizz Nina sebagai persembahan pembukaan.

Penyanyi yang dilahirkan pada 1 Mac 1994 ini berjaya mencetuskan fenomena apabila beberapa lagu nyanyiannya menguasai carta muzik dunia.
Bieber juga dicalonkan Artis Baru Terbaik dan Album Vokal Pop Terbaik untuk album My World 2.0 pada Anugerah Grammy ke-53 Februari lalu tetapi tidak memenangi sebarang anugerah.

Artikel berkaitan:

- Hot | Gambar Justin Bieber & Selena Gomes di KLIA Malaysia.

Photobucket
SUMBER | BERITA HARIAN online
Adbox