Breaking

Sunday, April 3, 2011

Alamak | Kebocoran baru Loji Nuklear dikesan lagi dan merebak

Seperti mana kita telah sedia maklum yang loji tenaga nuklear Fukushima Daiici rosak teruk disebabkan akibat gempa bumi yang lepaskan . dan kita telah sedia maklum bahawa kadar radiasi memang sangat tinggi dekat beberapa kawasan sehinggakan beberapa negeri telah mengesahkan kehadiran radiasi tersebut.

Tokyo - Pada 11 Mac pegawai keselamatan dapat kesan kerosakan loji nuklear tersebut telah menumpahkan air radioaktif tinggi ke lautan dan kalau korang nak tau ada kebocoran baru yang dikesan pada keretakan lubang penyelenggaraan logi nuklear Fukushima Daiici tersebut dan menganjur ke lautan Pasifik, kata pegawai keselamatan, semalam.

Jurucakap Agensi Keselamatan Nuklear dan Perindustrian Jepun, Hidehiki Nishiyama, berkata Katanya, keretakan itu berlaku akibat gempa bumi dan sejak itu ia mula bocor.

Hasil dari analisis menunjukan tahap radiasi tersebut cepat larut dalam udara dan juga air.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada petugas yang bertungkus-lumus mengawal keadaan reaktor itu terdedah kepada bahan berkenaan.

Kata Nishiyama, pegawai keselamatan akan memeriksa tahap radiasi sehingga 15 kilometer dari pantai.

“Ini mungkin satu daripada punca pencemaran air laut kami kerosakan sama mungkin berlaku di tempat lain.

“Kerosakan itu perlu dikesan secepat mungkin,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, meluangkan masa meninjau kawasan bencana berhampiran loji berkenaan untuk kali pertama, semalam.

Sebelum ini lawatan Kan hanya membabitkan loji nuklear itu.

Dia meluangkan masa seketika di Rikuzentakata dan bertafakur seketika bagi memperingati mangsa bencana alam di situ.

Katanya, kerajaan akan memberi bantuan sepenuhnya kepada mangsa bencana sehingga keadaan pulih.

Bagaimanapun, penduduk setempat mengadu, Kan sepatutnya meluangkan masa bersama mereka.

Seorang daripada mereka berkata, setakat ini kerajaan nampaknya terlalu memberi perhatian kepada loji nuklear berbanding mangsa tsunami. - AP

Apelah nasib deorang nieh, mesti pekerja-pekerja di Loji Nuklear tersebut bertungkus-lumus membuat kerja dan pernahkah anda terfikir mesti pekerja-pekerja tersebut berkemungkinan terkena akan kesan radioaktif walaupon sedikit. Kesian deorang kan...

petikan penuh - MyMetro

Artikel berkaitan :-

- Tsunami di Jepun ini juga tertulis di dalam Al-Quran.

- Khalimah Allah muncul sewaktu Tsunami di Jepun.

- tau tak macam mana kebocoran reaktor nuklear berlaku

- Dokumentari disebalik gempabumi 2011



Photobucket
SUMBER | Mymetro
Adbox