Breaking

Saturday, February 12, 2011

Wow | UFO Jerusalem Terbukti Hoax

Beberapa dalam minggu yang lepas ada ku post kan tentang kemunculan UFO di Jerusalem. Kini nak di bagi tahu bahawa berkemungkinan video tersebut adalah palsu rekaan semata-mata.

Photobucket

Beberapa video muncul menampil UFO melayang di atas masjid Dome of the rock, Temple Mount Jerusalem di tengah malam 28 Januari. UFO ini terbukti palsu.

Penyelidik veteran, Benjamin Radford mengatakan gambar-gambar tersebut sangat meragukan dan mengundang hoax.

Mengapa video UFO Jerusalem mencurigakan?

Pertama, tiada yang mengatahui siapa yang merakamkan video tersebut. Dalam laporan, penyiasatan polis menyatakan laporan itu dari anonymous ini boleh diklasifikasikan sebagai kes penipuan.
Sedikit kemusykilan kenapa saksi sebenar tidak mahu di kenalpasti. Kononya seperti alien tersebut mengugut untuk berdiam.

Selain itu, jika anda Anda orang yang merakam video yang menakjubkan itu, mengapa perlu upload di Youtubedengan nama anonymous pada CNN atau MSNBC untuk mendapatkan duit? perakamnya sangat mencurigakan.

Keduanya, mengapa tiada saksi yang melaporkan hal tersebut. "Dome of the Rock" merupakan salah satu tempat terkenal dengan status keagamaaan penting didunia. Selain itu, disana terdapat jutaan orang. Takkan sorang pon tak dapat lihatnya.

Ketiga, walaupun terdengar suara wanita dalam video tersebut mengatakan ada sinar misteri " yang hampir tidak dapat dilihat' itu, objek tampak memantulkan cahaya dari plat emas 'Dome of the Rock. Hal ini benar-benar misteri dan ini menunjukan bahawa sinar tersebut di edit secara digital dan dimasukan ke dalam vieo tersebut.

Ayuh kita saksikan semula video tersebut.


Pelik tapi entah benar...hehe
Adbox