Breaking

Sunday, February 27, 2011

Wow | Aiskrim dari susu ibu, sedap ke??

Sememangnya susu ibu itu adalah anugerahkan dari tuhan bagi setiap wanita untuk diberikan kepada bayi-bayi. Tapi ini lain la pulak ceritanya.. korang tau tak, susu ibu dibuat aiskrim la pulak.


Sebuah perusahaan pembuat aiskrim akan memperkenalkan produk barunya yang terbuat dari susu ibu pada hari Jumat ini.

Icecreamist akan menjual produk aiskrim air susu ibu yang diberi nama ‘Baby Gaga’ di restorannya yang berada di Covent Garden, England..

Matt O’Connor tuan punya Icecreamist yakin, aiskrim seharga 14 pound atau 23 dolar untuk satu porsi itu akan diminati ramai orang.

Menurut lelaki berasal Hempshire berusia 44 tahun itu, aiskrim ini hanyalah satu dari belasan rasa baru ekstrim yang ditawarkan perusahaannya.

Resepi Baby Gaga dibuat dari campuran air susu ibu, vanila Madagaskar dan lemon.

Ketika mendengar aiskrim yang terbuat dari susu ibu kata O’Connor, sebahagian orang mungkin akan merasa jijik. Tapi sesungguhnya produk itu murni dan organik, benar-benar alami.

“Saya makan Baby Gaga pagi ini dan merasa sihat,” katanya, seperi dikutip Parent Dish (23/2).

Victoria Hilley (35), seorang ibu asal Leeds, sebelah utara England, telah memberikan satu liter air susunya kepada Icecreamist.

“Apa ruginya menggunakan aset milik saya untuk mendapatkan sedikit wang tambahan?” katanya. Bagi Hilley selain menyihatkan, susunya juga membantu dia mnambah pendapatan ekonominya, berupa wang hasil penjualan air susunya

Bersama dengan 14 wanita lainnya, Hilley dibayar 15 pound untuk setiap 10 ounce susu yang berhasil dikumpulkan dengan mengepam.

Hilley tertarik untuk menjual air susunya setelah membaca iklan Icecreamist yang dipasang di forum Mumsnet.*
Adbox