Breaking

Sunday, February 27, 2011

Owh | Daphne Dedahkan Masuk Islam Selepas Melawat Taj Mahal

Daphne Iking atau nama islamnya, Dahlia Eleanor Iking mendedahkan hatinya terdetik untuk memeluk islam setelah dia kagum melihat keindahan alam serta keunikan seni bina Islam di bangunan Taj Mahal tersebut.


"Dari keajaiban yang berlaku di sana saya dapat rasakan keinginan memeluk agama Islam dari dalam diri dan menjadi isterinya. Dia (Joe) juga terkejut ketika itu," kata Daphne.

"Islam adalah agama yang indah. Saya masih lagi belajar tentang agama ini terutama selepas pelbagai dugaan yang menimpa dalam kehidupan saya," katanya.

Daphne & Joe (Azmi Abdul Rahman) melangsungkan pernikahan pada 8 Januari lalu di Penampang, Sabah dan hanya mengadakan sebuah majlis bersama anak yatim dan kawan-kawan terdekat di Kuala Lumpur.

Pasangan yang sudah mengenali sejak lebih setahun lalu itu menjalinkan hubungan sebagai rakan kongsi perniagaan dalam beberapa projek seperti 2REDchairs yang membincangkan isu-isu sensatif seperti agama, homoseksual dan perubahan jantina.

"Pada mulanya saya tidak yakin dengan hubungan ini boleh pergi sejauh ini dan kami pernah berpisah sebelum ini. Namun kami tetap berhubung sebagai rakan kongsi.

"Bagaimanapun dia tetap ditakdirkan sebagai jodoh saya. Dia memberi sokongan kepada saya ketika perkahwinan pertama saya menjadi mendapat publisiti meluas," katanya.

Tahniah buat Dahlia & Joe.
Adbox